Sekolah Kebangsaan Kinirasan, Ranau

 

LATAR BELAKANG SEJARAH DAN FIZIKAL SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Kinirasan Ranau terletak lebih kurang dua belas kilometer dari pekan Ranau. Dibina pada tahun 1964 dan diasaskan oleh Encik Aniajak Koinggi yang pada ketika itu  sebagai Ketua Kampung. Pada awal penubuhan, sekolah ini dikenali sebagai Native Voluntary School Kinarasan atau NVS Kinarasan. Nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Kinarasan (SRK Kinarasan) kemudian ditukar sekali nama sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Kinirasan (SK Kinirasan) pada tahun 1985.

   

Seramai 36 orang pelajar yang berdaftar di sekolah ini pada tahun ianya dibuka pada tahun 1964 dengan hanya seorang guru. Masa demi masa berlalu pelajar di sekolah ini bertambah dan pada ketika ini jumlah pelajar di sini seramai 112 orang. Tetapi kerana penempatan pelajar di sekolah ini selepas UPSR  ke Sekolah Menengah Kemburungoh sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, maka ramai ibubapa yang telah mengambil tindakan menukarkan anak-anak mereka ke sekolah lain di daerah Ranau ini.Kerana itu bilangan sebenar pelajar sekolah ini pada ketika ini ialah 85 orang sahaja. Guru juga sudah berkurang daripada 13 orang pada tahun 1997, kepada 9 orang pada masa kini 2005. Ini termasuk Guru Besar dan Guru Pendidikan Islam. Satu orang staf sokongan iaitu seorang kerani sekolah N 11.      

Sekolah Kebangsaan Kinirasan kini mempunyai tiga blok bangunan yang mengandungi tiga Bilik darjah, yang dibina pada 1973 menggantikan bangunan lama yang dibuat oleh orang Kampung. Blok B dibina pada 1977 dan blok A dibina pada tahun1983. Dua unit rumah guru Yang dibina pada 1973 dan 1977.

   

Dalam peperiksaan awam UPSR sekolah ini telah mencipta rekod apabila seorang murid Mendapat  5 A dan peratus keseluruhan 55.5 %. 1998 dua orang pelajar mendapat 4A 1B. Dan pada Tahun 2004 tahun akhir Program Beyond Excellence (BE) 2000-2004 satu catatan Sejarah bagi sekolah ini apabila mencapai 100% dalam peperiksaan UPSR menepati sasaran dari segi kuantiti tetapi tidak dari segi kualiti bilamana hanya tiga pelajar yang mendapat 3A 2B.

 

Sekolah Kebangsaan Kinirasan Ranau telah dirasmikan oleh Tuan Hj Affendi Angkangon, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah pada 10 November 1994